Saturday 27 July 2013

Bulan 1000

Assalamualaikum. salam berpuasa,

Selamat Menunggu 10 Malam Terakhir Ramadhan.


Hye,
hari raya kian hampir,
baju, seluar, sampin, songkok tu dah ade ke ?
Bosan bila menunggu sesuatu tanpa berbuat apa-apa.

Nak cerita sikit pasal malam 10 terakhir ramadhan, orang dulu-dulu ada 
cerita bahawanya Pintu langit akan dibuka seluas-luasnya bagi malaikat turun
dan memberi rahmat pada siapa-siapa yang menantikan ia dengan beramal soleh.

Aku sendiri tertanya-tanya, malam tu malam yang bagaimana ? sejuk ka ? panas ka ?
Langit dia berwarna apa ? Adakah ia macam malam biasa-biasa ? ataupun ia berbeda ?
untuk menjawab pertanyaan yg selalu bermain dalam benak minda ini, aku gugel beberapa
fakta
yang memberitahu kita bila mana malam yang dicari-cari itu ;
*malam selepas Nuzul Qur'an*
*malam diantara Nuzul Qur'an dan Ulang tahun peristiwa Perang Badar*
*10 malam terakhir*

diatas ini adalah ramalan yang femes diturut pakai ,
tetapi ;

menurut setengah hadis-hadis.
Malam istemewa ini boleh berlaku bila-bila 
sahaja dalam bulan ramadhan yang istimewa ini. dan 
ia tidak hanya berlaku pada sepuluh malam terakhir sahaja
seperti yang kita biasa dengar. maka kita perlu mencari tanda-tanda
yang malam yang dicari-cari itu muncul supaya kita aktif untuk beribadah.


Terdapat berbagai tanda malam ini (Lailatul Qadar) iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk ke bumi dan sebagainya. Menurut Hamka semuanya ini adalah perkara yang tidak dapat dipertanggungjawabkan menurut ilmu agama yang sebenarnya.


  selain itu, antara tanda lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.


Dengan percaya malam sebegini telah muncul, kita perlu bersedia setiap hari,
 everyday...
Setiap hari kita diharapkan mampu berjemaah,
setiap hari kita diharapkan rajin bersedekah,
setiap hari kita diharapkan petah berselawat,
setiap hari kita diharapkan beramal, beribadah, dan berdoa supaya
mendapat keringanan diri dan memperolehi hati serta minda 
yang sentiasa mengingati 
 Allah.

Rakan-rakan sekalian, mencari lah awak malam ini (lailatul qadar),
janganlah lupa dan leka bersuka sahaja. Bahawanya malam ini merupakan malam
yang lebih baik dari 1000 bulan.

semoga, apa yang dipinta kita, dimakbulkan Nya

Wednesday 10 July 2013

Sebulan menyepi

sorry kawan-kawan yang tunggu cerita dari aku. 

Assalamualaikum.
Sekarang aku lebih sibuk dari dulu, dulu banyak lepak-lepak dan duk rumah saja, tapi sekarang semester 5 aku kat uitm dah start semula, maka banyak la kerja-kerja yang perlu diuruskan setiap hari.

Tujuan blog ni, aku nak ceritakan apa yang berlaku dalam masa selepas blog P.D berlapan tu. Cerita dy banyak, senang kata aku pendekkan semua. 

Gambar 1st day ke Kelas

Balik ke uitm; 
                     Aku balik kali ni dgn syairazi , motor x dapat nak hantar lagi sebab tempahan pos dah penuh, jadi minggu depan tu abah hantarkan. Dalam 1st week , aku x pergi kelas lansung sebab jadual aku tu masih lg x confirm . Kolej kali ni aku dpt Kolej Mutiara, bagi aku best kolej kali ni. Sebab, kelas semua banyak berjalan kat kampus Perda, jadi duduk sini lagi dekat nk pergi ke kelas. Masa minggu ni aku byk tolong syairazi, sbb dy baru lepas accident motor. 

Bukan banyak tolong jaga dy, tapi banyak tolong nak g repair motor tu. Seres tangan dy ngn motor dy nampak mcm rosak teruk, tapi Alhamdulillah... dua2 boleh elok. Nak citer sikit pasal motor, 'kalau korang nak bogelkan Yamaha 110 Lagenda baca doa selamat banyak-banyak la, lepastu bawak skru driver, spanar, tukul kasi cukup. Sumpah susah babeng nak cabut cover set dy '. 

Kelas aku;
                   So far so good, kecuali kelas Structure Mechanics je. Lecture dy tegas sangat, aku x faham dah dgn apa tujuan aku nak ke kelas. aku g kelas nk belajar, bukan nak kena maki. memang lah aku ada ponteng kelas tu, tapi atleast tegur elok-elok. 

Kehidupan Privasi;
               Kini, aku berstatus pakwe orang, hehehe. Sorry , peminat-peminat semua. Cuma ex-lover aku yg kat uitm ni seres aku rasa dah tak ingat aku, sebab kita orang dua-dua try to keep avoiding each other , tapi dalam hati. Aku nak dia tegur aku juga, cuma luka yang dulu tu masih terasa pula nampak dia.

Walaubagaimanapun, hati aku dah cinta kat orang lain. Aku Takda La buat Video kita dah kapel Seminggu, tapi kalau kita suka seorang tu kalau boleh biar selama-lamanya bak kata adik manis perempuan dalam video Weeklyversary Comel dy tu. Ada banyak gaduh, banyak tacing-menacing, banyak gelak, dan banyak bahagia...bagiku  itulah bercinta, perasaan dy memang luarbiasa. 


Jadi ini sahaja kot cerita aku, kalau nak ushar apa-apa aku buat, follow aku di Istagram " iamfkrlabd " ,
terima kasih kerna sudi membaca (':

Saturday 18 May 2013

Port Dickson Berlapan

Assalamualaikum, lama x update citer dah. sorry kengkawan yg ada tunggu update aku. Alhamdulillah aku ade citer baru nk citer, pasal cuti sem ni apa aku buat. 

Okay, masa Isnin(130513) haritu aku dan kawan pergi PD. buat collection sorang Rm30 utk mkn, minyak, dan toll.
   Isnin tu bgn awal semua sbb nk gerak awal, mula plan gerak pukul 12 tapi last2 pukul 2 juga baru gerak. Ade dua keta yg gerak ni, keta Kancil dua biji. Dalam keta Kancil maroon Acap ade aku, Imran, dan Ameer. Manakala dalam kereta Kancil biru Taipul ade Wan, Capik dan Acap-Tau.

Sampai juga PD pukul 4 ptg. Sampai je terus semua gi minum dekat Haji Samuri punye kat sebelah Baden2 Bundle . Shukur semua selamat sampai, xde yg tertinggal atau terputus masa otw. hahahaa


baru keluar dari Baden2 Bundle
Lepas minum ngn main2 kt dlm baden2, baru kteorg set khemah ngn tempat nk letak Barbeku. kteorg nye location antara the best, betul-betul hujung and ade rumput. Lepas pasang Khemah semua, mulalah upacara pembakaran arang utk buat Barbeku. 
Masa dorg sibuk bakar aku pening kepala panas sgt kot, so aku tido je.
Dah siap bakar tu, mlm kteorang main futsal pantai. Macam budak kecil je, tp layan juga la walaupun team aku ade handicap iaitu Acap Tau. Lepas main baru start makan !

melantak Barbeku
Lepas melantak ni kteorg g minum mlm kt warung dpn tempat parking. Sana kteorg main Poker semua bagai. Masa main tu , Port Dickson bapak panas siot, dahaga nak haram sedangkan dah waktu mlm(maybe sbb main Futsal Polis vs Thieves). Air kteorg oder bapak byk, siap ade yg oder 2 gelas besar

ni gelas2 kat area table aku je

Minum2 sambil main poker. lps tu blk khemah blk, sbb dah ngntuk gler babi. Kat khemah Wan open bal pulok, siot je... amik sikit tp, aku xde effect doe. 
Imran dgn Acap mmg rabak gler, sewel semacam je... hahaha, nasib baik aku still waras kat tepi laut, hahaha. Masa nak layan effect stone tu kteorg semua gerak tepi pantai.

tgk imran, bkn betul tuh

    Dah nk dekat pagi, ade pulak India ngn Vietnam gaduh, ape pasal la gaduh time2 orang nak tido. dah la penat mandi laut, dorg kecoh2 bising pulak. Tp dasyat juga gaduh, sampai muka berdarah-darah. Dua2 bodoh bagi pandangan aku, dah tahu yg india tu tgh mabuk tak yah la nak bertekak, Blah sudah. Nasib baik polis dtg, setel dua2 geng tu. Tak ada ape masalah dah lps tu, awek yg khemah sebelah ade sekor je yg amik pot. Yang tak cun pulak tu, sedih betul, baru ingat nk chit-chat ngn awek PD.
   Time tu juga, Wan dah mcm lanun dah mengali lubang, nak tanam bal. hahaha, nasib baik dekat pantai, kalau tanam pon susah nk suspect bahan EPIC ni . Kat pasir semua nampak sama je ,haaha ha.
   Aku bgn tido pukul 8 lebih kot sebab Ameer ngn Acap Tau lapar nk mkn Megi Sedap. lps amsak tu then mkn r kami termasuk Capik. Lps 1st round mkn baru Imran bgn, yela semua tido lps subuh, mana x letih. Lepas tu kteorg mandi laut blk semula, awal pagi en, kasi fresh sikit. dah tgh selam baru Wan ngn Epul dtg, tanye dy mne Acap. Acap dlm kepompong dy, still sedap tido.

  Dah habis mandi tu, baru la boleh nk rehat. Kejut Acap dulu, then kteorg semua gi mandi kt shower RM1 . Segar gler dpt mandi air paip, td bdn dah mcm ikan masin dah, nasib baik xde tumbuh sisik. Lepas habis mandi semua pack blk barang2 sementara tggu Acap mandi.

Selesai packing, semua ready utk balik. Tapi kteorang singgah mkn tgh hari dulu. Keta aku naik g mkn McD, keta Taipul g mkn nasi lauk. Lps mkn tu, semua masuk keta tido je terus, anok harom (termasuk aku) hahaha.
Okay itu saja adventure aku bulan ni, nt ade lagi, aku cerita kt korang !

aku & mastermind

Thanks Membaca, Assalamualaikum.





Saturday 6 April 2013

Tucing ^.^

Korang mesti kenal Kucing en, so Tucing ni pon adelah kucing juga just aku suka panggil dorang mcm tu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kawan2 (:
harini aku nak kenal kan korg dgn tucing2 aku, so sekarang tucing aku ade 5 je, yg si tucing jantan nama Toopi Binoo hilang )':
Yang 5 ekor ni adalah sekeluarga, Darla Tamiko dan Anak2 nye yang 4 ekor berperisa lain-lain !

Darla Tamiko

Darla la yang lahirkan anak 4 ekor lagi... anak2 dy semua comel gilak

 ini anak-anak dy, cube click gambar kalau nk tahu perisa apa dorg ni ^.^   


Abu 
u'teh
        
Atam
Imau

okay tu saja nak cerita... korang kalau x penah bela kucing, nasihat ak, xyah bela sbb makin byk pulak dorg jadi lps ni, tp bela dorg mmg seronok sbb dorg comel, manja, bising & boleh buang stress :'D 



okay tu je , Assalamualaikum, doakan aku boleh buat final exam -'peace yaw'



Thursday 28 March 2013

Brighter than yours !

permulaan baru seperti matahari bagi cahaya pagi 

Normal, manusia bercinta dan suka menyukai... bagi aku, memang sifat setiap insan begitu. Sebenarnya, hidup ini perlukan lebih dari chinta kalau nk peroleh kebahagian.
Sekarang aku dah berhenti berharap dari org yg aku pernah cinta dulu itu dan aku mula mencari orang yg ingin menerima ku, mungkin korang fikir konsep dia mudah tapi actually nak lupakan yang lama hampir mustahil...

Tapi tetap aku pergi dari dia...
Tak perlu mengharap apa2 lagi dah, sebab itu yang selama ni dia berikan kat aku. 
Thanks for your fucking lies ! 

The truth is, when I want you and I say 'i am sorry for any problems' it was from my honest heart.
Sekarang, you just memories.

I got my girl now... She shine my days brighter and give me hope to make sure i'll never give up.
but i am still sorry for you(because of your immature behavior), i hope you will find the man that perfectly for you too.

Wednesday 13 February 2013

Cutiku Yg Singkat

Assalamualaikum,
Apa khabar kawan-kawan ? Cuti korang cukup x kali ni ? Uitm bg seminggu je kt aku.
so actually cuti ni mmg aku dah lama tunggu tetapi ape yg aku rancang utk cuti ni tak seperti yg aku inginkan. Nak buat mcm mana, kita hanya boleh merancang tapi Allah yg maha berkuasa lebih tahu urusannya.

Aku blk Shah Alam dari mlm Khamis lagi, so pagi Jumaat tu dah smpi. Semua kwn2 baru blk je, tp ade yg x blk sbb nk nk g trip ke Langkawi. Jadi yang ade kt Alam Megah hanya aku, Edin, Imran sbb yg lain tu blk hari sabtu nanti.


Mula-mula cuti lagi 'slack' dah, Wallet aku hilang.
Herm, nak wat macam mana kan. Masa malam Jumaat tu aku pergi patio ngn Edin. then tahu2 masa dekat patio wallet xde kat dlm poket, mula igt jatuh dlm kereta Edin je, tapi cari kt dlm kereta pon masih x ade. Malam tu balik rumah mmg penat tahap gaban so aku tido terus dan abaikan la wallet sbb aku igt maybe hilang dlm rumah je. Bagaimanapun, keesokan hari aku masih x jumpe wallet sedangkan habis satu rumah aku cari cuma x naik atas bumbung je. Dah macam tu baru sedar mungkin dia jatuh kat luar kawasan rumah. Serius, mood aku x ade lansung, yer la... duit, IC, lesen, kad bank, semua ade dlm tu, dgn gambar feveret ag, resit2 makan ngn gadis, dan berbagai2 lagi ah yang dah hilang.

mood aku sehari tu hambar je, so aku update di bbm psl masalah ni. Alhamdulillah, bler aku check kt BBM aku, ade kawan yg ceriakan aku, especially Miss Ju Razak and Miss NWRMS yang x henti2 bagi idea kat mne nak cari and cakap benda yg sedapkan hati . Seorang lagi Hanim fuad, pon thnks kasi doa :-
" Rabbi yasir wala tu a'sir "

Aku punya hati rasa terubat sikit bila ade kawan-kawan support kita walaupon x seberapa, tapi niat mereka yang ikhlas tu yang membuat aku Happy.
 Serius, aku ni jenis seorang yg senang bersedih jadi bila ade perkara buruk terjadi mmg aku DOWN SPiRiT , dan xde mood satu hari. Selepas sibuk satu hari mencari aku akhirnya redha lah dengan pemergian wallet hitam putih kotak-kotak aku. Maka malam tu aku pergi la buat report kt Balai Polis .

Jadi kau orang Semua, jagalah barangan berharga masing-masing sebaik boleh. kalau tak perasaan 'Frustrated' dia tu boleh menyebabkan mental anda 'Crack'. 
-terima kasih membaca-
ddcdvcdjjdcjbjbbcj

Wednesday 30 January 2013

Mencari Tempo


Assalamaualaikum, apa khabar kawan2. sekarang ni kalau sesiapa yg belajar(diploma) di mana-mana Uitm mesti sibuk dengan test-test serta quiz kan. Berusahalah, jangan malas pergi kelas, haha. 

Aku nak story pasal aku dah selesai beberapa test dah, serius cuak juga aku minggu ni. Sembilan subjek kot, semua ade test (T.T) 

Okay, belajar ni penting... serupa macam kerja, kalau kita kerja kita akan dapat gaji. Tapi dalam belajar kalau kita banyak belajar kita dapat ilmu, Ilmu ni sama berharga macam Wang. Kalau x ade ilmu kita x boleh pergi mana pun. sebab ilmu yg kita selalu bawa dalam kehidupan seharian. Ade orang pergi mandi bawak duit ? xde kan, tp kalau ilmu kita akan bawa ke mana-mana saja (=

Apepun, selamat belajar dan menunaikan kewajiban kita sebagai seorang Anak dan Khalifah Allah. Kalau ade ape-ape masalah lain yg tak berkait, kau orang letak tepi dulu, selesai apa yg penting.

Tu sahaja, Good luck & let our Du'as are granted by Allah Subhanahu wa ta'ala , Ameen