Saturday 27 July 2013

Bulan 1000

Assalamualaikum. salam berpuasa,

Selamat Menunggu 10 Malam Terakhir Ramadhan.


Hye,
hari raya kian hampir,
baju, seluar, sampin, songkok tu dah ade ke ?
Bosan bila menunggu sesuatu tanpa berbuat apa-apa.

Nak cerita sikit pasal malam 10 terakhir ramadhan, orang dulu-dulu ada 
cerita bahawanya Pintu langit akan dibuka seluas-luasnya bagi malaikat turun
dan memberi rahmat pada siapa-siapa yang menantikan ia dengan beramal soleh.

Aku sendiri tertanya-tanya, malam tu malam yang bagaimana ? sejuk ka ? panas ka ?
Langit dia berwarna apa ? Adakah ia macam malam biasa-biasa ? ataupun ia berbeda ?
untuk menjawab pertanyaan yg selalu bermain dalam benak minda ini, aku gugel beberapa
fakta
yang memberitahu kita bila mana malam yang dicari-cari itu ;
*malam selepas Nuzul Qur'an*
*malam diantara Nuzul Qur'an dan Ulang tahun peristiwa Perang Badar*
*10 malam terakhir*

diatas ini adalah ramalan yang femes diturut pakai ,
tetapi ;

menurut setengah hadis-hadis.
Malam istemewa ini boleh berlaku bila-bila 
sahaja dalam bulan ramadhan yang istimewa ini. dan 
ia tidak hanya berlaku pada sepuluh malam terakhir sahaja
seperti yang kita biasa dengar. maka kita perlu mencari tanda-tanda
yang malam yang dicari-cari itu muncul supaya kita aktif untuk beribadah.


Terdapat berbagai tanda malam ini (Lailatul Qadar) iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk ke bumi dan sebagainya. Menurut Hamka semuanya ini adalah perkara yang tidak dapat dipertanggungjawabkan menurut ilmu agama yang sebenarnya.


  selain itu, antara tanda lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.


Dengan percaya malam sebegini telah muncul, kita perlu bersedia setiap hari,
 everyday...
Setiap hari kita diharapkan mampu berjemaah,
setiap hari kita diharapkan rajin bersedekah,
setiap hari kita diharapkan petah berselawat,
setiap hari kita diharapkan beramal, beribadah, dan berdoa supaya
mendapat keringanan diri dan memperolehi hati serta minda 
yang sentiasa mengingati 
 Allah.

Rakan-rakan sekalian, mencari lah awak malam ini (lailatul qadar),
janganlah lupa dan leka bersuka sahaja. Bahawanya malam ini merupakan malam
yang lebih baik dari 1000 bulan.

semoga, apa yang dipinta kita, dimakbulkan Nya

No comments:

Post a Comment