Wednesday 30 January 2013

Mencari Tempo


Assalamaualaikum, apa khabar kawan2. sekarang ni kalau sesiapa yg belajar(diploma) di mana-mana Uitm mesti sibuk dengan test-test serta quiz kan. Berusahalah, jangan malas pergi kelas, haha. 

Aku nak story pasal aku dah selesai beberapa test dah, serius cuak juga aku minggu ni. Sembilan subjek kot, semua ade test (T.T) 

Okay, belajar ni penting... serupa macam kerja, kalau kita kerja kita akan dapat gaji. Tapi dalam belajar kalau kita banyak belajar kita dapat ilmu, Ilmu ni sama berharga macam Wang. Kalau x ade ilmu kita x boleh pergi mana pun. sebab ilmu yg kita selalu bawa dalam kehidupan seharian. Ade orang pergi mandi bawak duit ? xde kan, tp kalau ilmu kita akan bawa ke mana-mana saja (=

Apepun, selamat belajar dan menunaikan kewajiban kita sebagai seorang Anak dan Khalifah Allah. Kalau ade ape-ape masalah lain yg tak berkait, kau orang letak tepi dulu, selesai apa yg penting.

Tu sahaja, Good luck & let our Du'as are granted by Allah Subhanahu wa ta'ala , Ameen 

Sunday 27 January 2013

Januari

Aku tak tahu nak cerita apa sebenarnye, tapi January ni mcm2 berlaku... 
aku akan rumuskan semualah. 



Kelas aku, blk dari New Year aku mmg busy gler, ngn lab report, assignment byk then jadual yg padat. byk test aku terlepas nk ambil sbb terlupa dan ade tertindih ngn jadual lain.

Hostel Life, not bad. aku byk spend masa kt bilik bler waktu tido je. hari2 yg xde ape nk buat aku ajak ajol lepak layan Yu Gi Oh, tu je la rutin kami, kalau sabtu ahad baru jalan2 lepas tu tidur mutiara atau pergi villa Shy-razi.

Riadah & sukan, tahun ni x main ape2. byk buat perut je, then kalau main pon ptg2 je. Mlm x main dah sbb bilik jauh dari roommate yg lain. dulu sebilik ngn Amir dan sebelah bilik Azam, sbb tu rajin main futsal.

Sabtu & Ahad, semenjak sem4 ni memang x bermakna lansung sabtu ahad aku. dulu setiap hari cuti aku akan jumpe dia, kalau x jumpe atleast makan sama-sama. dulu kalau pagi sabtu aku tgk movie dgn dia. tah sekarang aku tak tahu knpe dia biar aku sendiri je, sedangkan aku lansung tak penah cuba utk cari orang lain, tak tahu lah kalau aku ni tak cukup perfect ke kan. maaf lah, aku ni bkn orang yg tampan sasa, segak dan kemas. Tapi atleast aku orang penyayang di sebalik penampilan hard core ni.

Malam-malam aku, erm malam pon suram cam dulu. xde sapa nk mesej, bbm, semua bagai... setiap malam aku habis masa baca status bbm kawan2, then baca cerita cinta2, most of time tgk Anime Yu gi oh. tapi tiap-tiap malam aku berharap agar dia contact aku mcm dahulu balik. tapi masa x boleh diundurkan semula, jadi malam je aku akan buka phone, bbm kawan yg baik-baik tnye khabar , guraw2, sakat-sakat sikit dorang sume, tu je lah yg aku slalu buat. hidup ni kosong xde dia, kalau korang boleh bayang mesti korang tahu pilu dy macam mana.

tu jela rutin aku sebagai Student Engineering, kalau ade masa lagi nt aku story byk2 sikit :0

Tapi serius, sem ni mcm nak suh aku kuar dari uitm je, sebab mcm aku dah xde purpose je utk stay. Astaghfirullah, aku memang down spirit betul sem ni sbb mcm2 terjadi, awal semester Datuk dah xde, kelas aku byk clash, test sume masa aku on Emergency Leave, then re-Test dy masa utk stdy betul-betul x ada dah.

Kalau aku terus sengsara macam ni memang Syahid Awal la aku kt medan perang Uitm ni. Dulu atleast ade someone that aku boleh harap utk cheer aku time aku susah, tp sekarang dia ade hal sendiri yg dia kena jaga, maka aku tak boleh salahkan dia. Harap Allah maha mendengar segala rintihan doa-doa aku.

tetapi, dalam hati aku terhadap Dia, aku akan terus berusaha menjaga hubungan kita walaupun sudah nampak kecundang di tengah jalan. Aku tak tahu salah apa benda selagi salah seorang dari kita tak nak cakap apa-apa. 

watch movies with her :')

Saturday 12 January 2013

Kehilangan Mu adalah ketentuan Ilahi


Allah maha Menghidupkan dan Mematikan,
Tiada siapa yang akan terlepas akan kematian dalam diri mereka. 

Assalamualaikum, hampir sebulan aku berdiam diri. tapi dalam tempoh ni bermacam-macam perkara yg berlaku.

Pada Isnin 7 Jan 2013 bersamaan 25 Safar 1434, Romli bin Noordin iaitu seorang hamba Allah yg lemah telah pun pulang kepadanya. Allahyarham Romli bin Noordin lahir pada tahun 30-an pergi mengadap ilahi ketika jam 06.00 pagi selepas tiba nya fardu subuh. Allahyarham di jemput malaikat Izrail ketika disaat terjaga dari beradu ditemani isterinya, Allahyarham mengatakan dia berasa lemah dan sesak nafas, ketika ini kematian mungkin sudah dijangka. Isterinya segera memanggil anaknya yg berada sebelahan rumah. Saat itu, Allahyarham sudah tak terdaya, isterinya kembali dan segera membisikkan ucapacan syahadah bagi mengajarnya mengucap . Berulang-ulang kali kalimah suci Allah itu diucap sehingga Arwah selesai menghadapi sakkaratul maut.

Di tempat lain: Aku terjaga terdengar bunyi telefon ku, dalam mindaku ini memikirkan bunyi alarm clock untuk bangun subuh. tetapi, ia merupakan berita sedih disaat aku terjaga dari tidur. Adik ku menelefon dan memberitahu ku yang datuk sudah pergi selamanya. Aku bagaikan terbingung seketika, hatiku tidak merasa apa-apa, tiada sedih tiada sebak, aku bagaikan bermimpi semula. Kenyataannya adalah sama, ini bukan mimpi wahai fakrul. Adik memberitahuku perkara sebenar, Wan(datuk dialek kedah) dah tiada. Aku terdiam seketika, hatiku pasrah dengan berita ini, tiada air mata pon tertitis kerana ku anggap ini kuasa Allah. -dia yg menghidupkan dan dia yg mematikan sesuatu.

Lantas, aku segera mandi dan solat subuh , aku berdoa bahawa selamatkan lah Arwah dan permudahkanlah urusan kematian ini. tanganku menghantar mesej telefon kepada kawan-kawan tentang aku tak dapat hadir ke kelas hari ini. turunlah aku dari bilik kolej ni, ingat aku nak pergi terus, tapi fikirkan dekat sana nanti aku akan sibuk maka aku sarapan dulu di jamal.mohamed Uitm. sambil makan aku terkenang kat Arwah Wan aku yg penyayang tu.tadi aku tersempak kawan-kawan masa sarapan, maka aku beritahu terus hal ini kepada mereka. 

Allhamdulillah aku boleh bertolak dah, kawan-kawan tadi kata bawa motor elok-elok, jangan gelabah sebab yg disana memang sudah tiada tak yah lah nak mengejar, aku terima pandangan tu. Aku memecut terus ke higway utara selatan dengan laju tapi bukan macam orang gila la. exit yg ditunggu terasa makin jauh, tetapi dihati perasaan makin gemuruh apabila makin dekat. 

Pekan tikam batu: keluar je dari exit Bertam, hati ni cemasnya tuhan saja yang tahu. Sampai di tikam batu, hati mula rasa pilu terlihat kedai kopi tok Wan duk lepak. kedai tu lengang pagi ni, tiada orang kecuali tuan kedai dan pekerja sahaja disitu. Dari kedai tu aku tahu dah bahawa memang benar apa yang ku dengar dari adik ku pagi td. aku macam masih tak percaya dia sudah pergi, motor aku pacu perlahan-lahan melepasi pekan tu. sekarang hanya beberapa kilometer lagi sahaja rumah tok Wan, aku bagaikan nak patah balik dan anggap ini semua mimpi, tetapi ianya bukan. Aku mula melihat motorsikal-motorsikal parkir sepanjang jalan, kereta-kereta pon sama, aku sumpah dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang yang aku sebak. aku dapat rasa mata aku pedih, tapi aku tahan kerana aku masih belum melihat dia(tok Wan).

Arwah terbaring diatas katil: setelah aku meletakkan motorku, aku segera bersalaman pakcik makcik aku. Pak teh terus cakap dekat aku suruh pergi tgk Wan sebelum nanti ramai orang datang. Aku masuk dlm rumah Tok Wan , kali ini aku melihat dia terbaring dan wajahnya ditutup kain putih. lalu aku buka dan menatap wajahnya untuk seketika, sebak aku dah tak tertahan. aku menangis ketika menatap Wan aku, ni wajahnya yg kali terakhir akan ku lihat. 

Air mata berlinangan tanpa putus, ku kesatnya ke pipi saja. Aku fikir tiada apa yg aku boleh buat untuknya sekarang kecuali berdoa sahaja. Surah al-fatihah hadiah aku kepadanya disaat itu, kemudian aku terlihat buku yassin diletak bersebelahan katil arwah. Maka, Aku membaca lah yassin untuk tokwan, dengan harapan yassin aku ni diterima sebagai bekalan nya, sebab tiada hadiah apa yg dapat membantu dy lagi melainkan 3 perkara; Rasulullah bersabda 'apabila matinya anak adam maka terpisahlah dy dengan amalan di dunia, melainkan tiga perkara, 1. anak yg soleh(yg mendoakan orang tuanya) 2. ilmu bermanfaat 3. sedekah jariah' Aku berharap yassin aku tu merupakan sebahagian dari doa anak yg soleh(walaupun aku belum tahap soleh lg). Masa membaca yassin tu, air mata ni tak habis menangis teringat kat Wan, aku tak pernah mengangis seteruk begini dalam hidup aku. Dari awal yassin sampai la baca doa yassin aku menangis teresak-esak.

Tunggu ibu dari shah alam: Alhamdulillah selepas baca yassin aku pergi menenangkan diri sekejap, saudara-mara semua bertanya mana ibu dengan abah, bila nak sampai, dah kat mana? Berbagai soalan ditanya kepadaku. Aku terus menelefon abang Afif sebab abah mesti tgh drive, ibu pula mesti sedih yang teramat jadi 'opsyen' aku memang abang saja yg ada. Lalu abang angkat dan beritahu mereka sudah di Juru . Baguslah dah nk sampai masa tuh jan pukul 10.30pagi. Aku lepak dengan sepupuku Asyraf dan abang Jan, kami macam x sangka lansung Wan akan pergi. Dia sebelum ni sehat saja cakap Asyraf, semalam dia pergi ambil ikan dari dari kedai Pak Tam macam biasa (Pak Tam adik ibu). Kematian Wan ni adalah urusan Allah yang dah ditakdirnya, bagaimana sempurna pun keadaan makhluknya, sekelip mata sahaja dia mampu mematikan. Air mata ku mulai kering ketika berada kat luar rumah dengan sepupu-sepupu. 

Jam betul tepat pukul 11, abah dah sampai. Ibu ,Abang afif dan Adik Jad saja yg ada. Air mata ibu berlinangan, abah dan abang afif pon sama. Jad dy mungkin x faham lagi, kesedihan ni. Waktu ni orang-orang kampung yg menguruskan arwah dah sedia untuk mandikannya. abah dan abang segera membaca yassin sementara mereka siapkan tempat mandi jenazah tuh. selesai sahaja yassin dibaca oleh Abah dan Abang, Pak teh, Pak tam dan sepupu angkat Wan ke tempat mandi jenazah. 

Berbeza dengan kali terakhir bersalaman: Masa memandikan jenazah, aku awalnya melihat sahaja Arwah Wan. Kemudian tukang Mandi jenazah minta tolong lurutkan air kat betis TokWan, aku pergi sebab dari tadi Ikhwan dengan Asyraf saja sibuk menolong. Aku lurutkan air ke celah-celah jarinya, tapi perasaan ini berbeza dengan kali terakhir aku bersalam dengan Tok Wan masa Dia mari Shah Alam dahulu. Jarinya hari ini sejuk dan kaku, aku sebak sekali lagi. mata ku berair berlinangan melihat dy terkujur di atas tempat mandi itu. Kemudian aku sapukan air ke muka nya perlahan-lahan, aku usap dahi dan rambut Wan. hati ni tuhan saja yang tahu sedih yg terasa, aku keluar jap dari tepat mandi tu sebab menangis teruk sangat. Abah , Abang , Jad pon menangis tika saat Wan dimandikan. 

Pakaian terakhir adalah Kafan: selepas mandi, maka dikafankan lah TokWan ku. saat dikafankan tu, aku meredhai ketentuan Allah ini. mungkin juga air mata sudah byk sangat mengalir awal tadi menyebabkan aku tak menangis dah sekarang. Selapis demi selapis kain kafan membaluti Tokwan, setiap lapisan di isi haruman pandan diletak oleh sanak saudara, anak-anak, dan cucu-cucu. Selesai sahaja diKafankan ahli keluarga diminta mengucapkan selamat tinggal kepada tokwan, sebab selepas ni Wan akan dipindah ke dalam keranda. oleh itu, aku terus mengucup dahi datuk kesayanganku ini buat kali terakhir, ibu mencium pipinya dan saudara-saudara yang lain pon berbuat perkara yg serupa juga. 

Selepas Zuhur, Talkin telah dibaca: Tok Wan dibawa untuk kebumi di tanah kubur tikam batu. Kereta jenazah membawa Arwah beberapa minit sebelum azan zuhur dilaungkan sahaja. Tokwan diletakkan di luar ruang solat masjid sementara para jemaah bersiap solat fardhu zuhur.Selesai bacaan doa, imam segera meneruskan solat Jenazah tanpa berlengah. Imam merupakan imam kg.Permatang pasir yg cukup berpengalaman(tuan hj.Mahmood) beliau juga mengimamkan solat jenazah TokWan. Cuaca harini betul2 rahmat dari Allah, panas tapi tidak terik, ia kering tp berangin. jenazah diturunkan sendiri oleh Pak Tam & Pak teh dengan bantuan pengali liang. Pasir & tanah di turun sedikit-sedikit semasa menimbuskan liang lahad Arwah. talkin mulai di baca setelah Arwah selamat dikebumikan, suara talkin yg disampaikan oleh imam amat sayu. Mungkin sebab imam juga kawan kepada Tok Wan, dan sebelah imam ada ustaz Azizan yang selalu melawat rumah Wan masa arwah ada lagi. Mata ustaz azizan merah kesan beliau sedih akan pemergian rakan karibnya ini, doa talkin dibacakan oleh ustaz Azizan setelah talkin dibaca kepada si mati. Tangannya tinggi memohon doa kepada Allah agar memberikan keampunan kepada Arwah(sahabatnya) serta kami, Anak-anak tokwan, cucu-cucu, sahabat-sahabat tokwan pon menadah tangan dan meng'aminkan doa yang telah dibaca. 

Sekarang semua sudah selesai, kata isi hati aku. Suasana di kubur tikam batu sangat damai walaupun ia kecil dan kubur-kuburnya agak rapat tapi keadaan permukaannya damai. Semoga Tok Wan selamat di alam Kubur aku berkata , aku menggambarkan kedamaian suasana kubur ni adalah akan serupa dengan keadaan Tok Wan di tempat persinggahannya itu. maka aku pun mula melangkah perlahan-lahan, berat hati aku pergi dari kuburnya. Kejadian hari ini bagai mimpi bagi aku, semua berlaku sekelip mata saja. Sepatutnya sebelum arwah pergi, aku kena banyak beramal dan berbakti dekat Tok Wan. Sebaliknya, sekarang aku mulai rasa menyesal saat dia ada, aku pula tiada untuknya. Kini dah terbalik, walaupun aku ada sebanyak mana masa yg boleh diguna untuk diluang bersamanya, ianya hanya sia-sia kerana TokWan dah tiada. 

Maka selesailah urusan pengkebumian TokWan ku Romli bin Noordin, semoga rohnya dicurahkan rahmat dan mendapat keampunan Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang. Alhamdulillah sepanjang majlis ini umpama telah diaturkan dahulu oleh Allah,

sebab : Arwah meninggal awal pagi pada hari isnin, sebelum orang mula bekerja. Arwah meninggal ketika dia tidak terlantar sakit teruk, dia cuma rasa sakit dada pada awalnya. selain itu, cuaca panas sedikit terik tapi berangin sepanjang hari ini memudahkan urusan kematian. Orang yang boleh hadir pon ramai, makcik pakcik aku semua boleh datang walaupun harini hari pertama kerja dalam seminggu.

Okay, itu saja update kali ini, maaf terlampau panjang. tapi semua ni memang apa yang berlaku ketika saat tu. Pemergian Arwah datuk aku ni merupakan pengalaman paling sedih dalam buku hidup aku, tapi bagai manapun "life must be move on" so, the living need to keep living , bukan masa kita untuk bersedih lagi dan abaikankan dunia. Tu fakta yang aku kena terima, sebab aku pon still can't accept lagi ujian ini. Apapun sekarang aku berazam kalau boleh setiap kali habis solat maghrib akan aku sedekahkan yassin kt Arwah Datuk dan saudara-mara lain yang dah pergi dahulu. 


keadaan dekat rumah Tokwan

tanah perkuburan tikam batu (masjid permatang pasir)


                   Terima kasih Membaca, Wallahualam, Assalamualaikum