Wednesday 10 July 2013

Sebulan menyepi

sorry kawan-kawan yang tunggu cerita dari aku. 

Assalamualaikum.
Sekarang aku lebih sibuk dari dulu, dulu banyak lepak-lepak dan duk rumah saja, tapi sekarang semester 5 aku kat uitm dah start semula, maka banyak la kerja-kerja yang perlu diuruskan setiap hari.

Tujuan blog ni, aku nak ceritakan apa yang berlaku dalam masa selepas blog P.D berlapan tu. Cerita dy banyak, senang kata aku pendekkan semua. 

Gambar 1st day ke Kelas

Balik ke uitm; 
                     Aku balik kali ni dgn syairazi , motor x dapat nak hantar lagi sebab tempahan pos dah penuh, jadi minggu depan tu abah hantarkan. Dalam 1st week , aku x pergi kelas lansung sebab jadual aku tu masih lg x confirm . Kolej kali ni aku dpt Kolej Mutiara, bagi aku best kolej kali ni. Sebab, kelas semua banyak berjalan kat kampus Perda, jadi duduk sini lagi dekat nk pergi ke kelas. Masa minggu ni aku byk tolong syairazi, sbb dy baru lepas accident motor. 

Bukan banyak tolong jaga dy, tapi banyak tolong nak g repair motor tu. Seres tangan dy ngn motor dy nampak mcm rosak teruk, tapi Alhamdulillah... dua2 boleh elok. Nak citer sikit pasal motor, 'kalau korang nak bogelkan Yamaha 110 Lagenda baca doa selamat banyak-banyak la, lepastu bawak skru driver, spanar, tukul kasi cukup. Sumpah susah babeng nak cabut cover set dy '. 

Kelas aku;
                   So far so good, kecuali kelas Structure Mechanics je. Lecture dy tegas sangat, aku x faham dah dgn apa tujuan aku nak ke kelas. aku g kelas nk belajar, bukan nak kena maki. memang lah aku ada ponteng kelas tu, tapi atleast tegur elok-elok. 

Kehidupan Privasi;
               Kini, aku berstatus pakwe orang, hehehe. Sorry , peminat-peminat semua. Cuma ex-lover aku yg kat uitm ni seres aku rasa dah tak ingat aku, sebab kita orang dua-dua try to keep avoiding each other , tapi dalam hati. Aku nak dia tegur aku juga, cuma luka yang dulu tu masih terasa pula nampak dia.

Walaubagaimanapun, hati aku dah cinta kat orang lain. Aku Takda La buat Video kita dah kapel Seminggu, tapi kalau kita suka seorang tu kalau boleh biar selama-lamanya bak kata adik manis perempuan dalam video Weeklyversary Comel dy tu. Ada banyak gaduh, banyak tacing-menacing, banyak gelak, dan banyak bahagia...bagiku  itulah bercinta, perasaan dy memang luarbiasa. 


Jadi ini sahaja kot cerita aku, kalau nak ushar apa-apa aku buat, follow aku di Istagram " iamfkrlabd " ,
terima kasih kerna sudi membaca (':

2 comments: